0 Objektif, Matlamat dan Hala Tuju



Objektif :

- Menyediakan perkhidmatan jual beli emas, emas terpakai, dinar, barang kemas, syiling dan sebagainya.

Matlamat :

1- Mendidik masyarakat menyimpan emas untuk melindungi harta dan kekayaan.

2- Melahirkan masyarakat celik emas yang kalis inflasi.

3- Membuka peluang kepada bumiputera untuk menjana kekayaan melalui simpanan dan perniaggaan emas.

4- Memperkembangkan perkhidmatan dan produknya ke seluruh Malaysia dengan melantik agen-agen dan wakalanya di setiap negeri di Malaysia.

Hala tuju :

- Meletakkan sasaran kepada gabungan objektif dan matlamat yang dilaksanakan, berpandukan hala tuju ke arah pencapaian kepuasan syarikat dan pelanggan yang maksimum dan positif.
[Read More...]


0 Pengenalan



Syarikat Rahan Emas GKAS adalah syarikat pemilikan tunggal Bumiputera dipengerusikan oleh Syeikhul Maqari Hj. Othman b. Hamzah.

Kesedaran terhadap meningkatkan kehidupan umat Islam dan mencari-cari formula untuk menguasai ekonomi melalui Al Quran dean Hadis, menemukan beliau kepada saranan Al Quran, mulalah beliau memperkatakan "Emas merupakan rahsia kekuatan umat Islam"

Amsyiq Gold syarikat milik isterinya berkembang dibawah seliaan beliau sebagai panel syarak yang beribu pejabat di Pangsapuri Bestari, Seksyen 16, Shah Alam. Apabila beliau mendapat tempat baru di no 10, Jalan Plumbum Q7/Q, seksyen 7, 40000, Shah Alam, Selangor. Beliau memulakan syarikat barunya rahan emas gkas (REGKAS)

Perbezaan REGKAS dari AG ialah 70% operasi AG kepada jual beli emas. 30% kepada GKAS. Sementara REGKAS 30% menumpukan jual beli emas dan 70% menumpu kepada:

1- GKAS

2- Jual beli emas terpakai

3- Membeli surat pajakan
[Read More...]


0 GKAS



GKAS satu kaedah yang boleh digunakan menggantikan gadaian

GKAS ganti Gadaian atau ar Rahn

Atas keperluan orang ramai, terutamanya pemilik dinar, gold bar,coin dan emas produk AG dan yang lain yang menghadapi masalah hendak menggadaikan emas mereka, kami jadikan GKAS alternatif kepada sistem gadian seperti Ar Rahn di AGRO Bank, Yapeim dan KGT dan lain-lain.

Apa dia GKAS?

a) GKAS ialah anda ada emas produk Amsyiq, dan anda ‘sesak’ memerlukan duit. Untuk itu anda buat GKAS dan anda akan dapat wang sebanyak 65% dari nilai semasa (NS) emas anda tersebut.

b)Untuk khidmat ini kami kenakan "Rusum Khidmah"(upah perkhidmatan) sebanyak 1%. perbulan, contoh untuk GKAS yang nilainya 5k seseorang ditolak rusum khidmah” RM 50 sebulan

c) Jadi sekiranya nak GKAS 3 bulan. tolak awal 50x3=150. Kalau GKAS 6 bulan, tolak awal 50x6=300.

d) Tempoh matang tidak ditetapkan berdasarkan “Rusum Khidmah” yang didahulukan. Katakan seseorang membuat GKAS 3 bulan dan telah menolak “rusum khidmah” 150 Tetapi terlajak sampai keenam bulan tidak “beli semula” emasnya, rusum khidmah akan di back dated iaitu ia dikenakan menambah bayaran 50x3 bulan yang belum dibayar.

e)Buat masa ini untuk menggunakan GKAS ini, jumlahnya tidak boleh melebihi 5k nilai emas untuk satu-satu penama sehari. bawa kad pengenalan. Jumlah maksimum ini akan dikaji dari masa kesemasa..

f:) Rantai pasir dan gajah belum terpakai produk AG 916 dan 999 boleh juga di GKAS. dengan syarat bersedia produk tersebut bertukar dengan produk yang sama specnya dari segi puriti, jenis dan beratnya. perbezaan timbangan dinilai dengan harga semasa.

g) Perjanjian tambahan pemilik rantai emas.

Saya bersetuju emas milik saya dilebur atau ditukar dengan barang Produk Amsyiq yang sama spek dengan rantai emas milik saya ketika menbeli semula nanti dan sekiranya berlaku perbezaan timbangan yang tidak dapat ditepatkan saya bersedia perbezaan timbangan pada emas tersebut dinilai dengan harga semasa

PEMILIK EMAS PRODUK LAIN NAK GUNA GKAS

Boleh menggunakan khidmat GKAS ini dengan syarat tambahan seperti berikut:

1- Peratus rusum khidmah ialah 1.9% perbulan

2- Nilai PL tersebut dinilai dengan nilai PA (produk Amsyiq)

3- Sanggup PL (produk lain) tersebut bertukar kepada PAS (produk Amsyiq senilai) ketika membeli semula nanti, kerana kita tidak guna akad Rahn. Kita tidak simpan barang tersebut.

a) Contoh Ahmad membawa produk bunga 20g dan 10g, katakanlah nilai semasa (NS) mengikut kiraan nilai (PA) ialah 7670RM. 65% daripada jumlah tersebut ialah 4985.5. Ahmad akan menjual PL tersebut dengan akad jual: “saya jual emas 20g dan 10g ini dengan harga 4985.5. Maka Ahmad akan dapat duit 4985.5. AG bersetuju menjual 20g dan 10g tersebut atau yang senilai dengan harga 4985.5.

b) 1.9% daripada NS (nilai semasa) ialah 145.73Kalau nak di GKAS enam bulan: 145.73x6=874.38. Ertinya Ahmad boleh membawa pulang duit cash sebanyak (4985.5-874.38) iaitu 4111.12 Selepas enam bulan Ahmad datang membayar 4985.5 untuk membeli 20g dan10g, Ag menjualkan kepadanya 10g (PA) x 3pcs dengan harga (4985.5).

c) Rusum Khidmah PA: 1%perbulan dari nilai semasa produk Amsyiq , sementara rusum khidmah (PL) ialah 1.9% . Ini kerana setelah kami membeli (PL) , lebihan itu untuk menanggung kos lebur atau tukar.

d) Perjanjian tambahan pemilik PL:

Saya bersetuju emas milik saya dilebur atau ditukar dengan barang Produk Amsyiq yang sama spek dengan emas milik saya ketika menbeli semula nanti

e) Pastikan call dahulu dan nyatakan hasrat untuk GKAS
[Read More...]


0 Salam Rahn Emas GKAS



Assalamualaikum semua

Sebuah lagi syarikat Islam muncul ditengah-tengah keperluan umat Islam meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka. Rahn emas gkas sebuah syarikat berdaftar ditubuhkan untuk menyemarakkan lagi kesedaran umat kepada rahsia emas sebagai kekuatan umat dan membantu umat mengatasi kesulitan keewangan mereka.

Kami mengajak umat Islam mengayakan diri mereka bertujuan menggunakan kekayaan mereka mendekatkan diri kepada Allah, membantu mereka yang susah dan membantu usaha-usaha menegakkan agama Islam.

Emas logam berharga yang Allah ciptakan sebagai sumber kekayaan yang Allah sebut dalam Al Quran yang mesti dimiliki oleh umat Islam. Dengan emas seseorang itu dianggap kaya dan mereka hendaklah mengeluarkan zakat. Di dalam syurga, Allah hiasinya dengan emas dan perak.

Kami mengajak umat berniaga dengan logam yang berniali ini. Membeli emas dari kami dan anda boleh menjadi pengedar dan wakil kami untuk menjual produk kami. Menjual emas pada masa hadapan adalah formula perniagaan yang menguntungkan kerana emas semakin lama semakin tinggi harganya. Selain itu diskaun yang kami beri adalah yang dianggap tinggi berbanding komisyen yang diberikan oleh syarikat yang lebih awal dari kami.

Dengan memiliki emas, seseorang telah menyimpan satu yang bernilai dan nilainya terus meningkat . Emas juga digunakan sebagai pajakan atau alat mendapatkan wang cash untuk keperluan harian. Ini merupakan keutammaan yang kami berikan , member kemudahan kewangan kepada orang yang memiliki emas.

Mari bersama kami meningkatkan kekuatan ekonomi
Wasalam
Othman b. Hamzah
[Read More...]


 

Categories

Recent Comments

Popular Posts

Return to top of page Copyright © 2010 | Exercise Equipment | Watch Movies Converted into Blogger Template by HackTutors