GKAS ganti Gadaian atau ar Rahn
Atas keperluan orang ramai, terutamanya pemilik dinar, gold bar,coin dan emas produk AG dan yang lain yang menghadapi masalah hendak menggadaikan emas mereka, kami jadikan GKAS alternatif kepada sistem gadian seperti Ar Rahn di AGRO Bank, Yapeim dan KGT dan lain-lain.
Apa dia GKAS?
a) GKAS ialah anda ada emas produk Amsyiq, dan anda ‘sesak’ memerlukan duit. Untuk itu anda buat GKAS dan anda akan dapat wang sebanyak 65% dari nilai semasa (NS) emas anda tersebut.
b)Untuk khidmat ini kami kenakan "Rusum Khidmah"(upah perkhidmatan) sebanyak 1%. perbulan, contoh untuk GKAS yang nilainya 5k seseorang ditolak rusum khidmah” RM 50 sebulan
c) Jadi sekiranya nak GKAS 3 bulan. tolak awal 50x3=150. Kalau GKAS 6 bulan, tolak awal 50x6=300.
d) Tempoh matang tidak ditetapkan berdasarkan “Rusum Khidmah” yang didahulukan. Katakan seseorang membuat GKAS 3 bulan dan telah menolak “rusum khidmah” 150 Tetapi terlajak sampai keenam bulan tidak “beli semula” emasnya, rusum khidmah akan di back dated iaitu ia dikenakan menambah bayaran 50x3 bulan yang belum dibayar.
e)Buat masa ini untuk menggunakan GKAS ini, jumlahnya tidak boleh melebihi 5k nilai emas untuk satu-satu penama sehari. bawa kad pengenalan. Jumlah maksimum ini akan dikaji dari masa kesemasa..
f:) Rantai pasir dan gajah belum terpakai produk AG 916 dan 999 boleh juga di GKAS. dengan syarat bersedia produk tersebut bertukar dengan produk yang sama specnya dari segi puriti, jenis dan beratnya. perbezaan timbangan dinilai dengan harga semasa.
g) Perjanjian tambahan pemilik rantai emas.
“Saya bersetuju emas milik saya dilebur atau ditukar dengan barang Produk Amsyiq yang sama spek dengan rantai emas milik saya ketika menbeli semula nanti dan sekiranya berlaku perbezaan timbangan yang tidak dapat ditepatkan saya bersedia perbezaan timbangan pada emas tersebut dinilai dengan harga semasa ”
PEMILIK EMAS PRODUK LAIN NAK GUNA GKAS
Boleh menggunakan khidmat GKAS ini dengan syarat tambahan seperti berikut:
1- Peratus rusum khidmah ialah 1.9% perbulan
2- Nilai PL tersebut dinilai dengan nilai PA (produk Amsyiq)
3- Sanggup PL (produk lain) tersebut bertukar kepada PAS (produk Amsyiq senilai) ketika membeli semula nanti, kerana kita tidak guna akad Rahn. Kita tidak simpan barang tersebut.
a) Contoh Ahmad membawa produk bunga 20g dan 10g, katakanlah nilai semasa (NS) mengikut kiraan nilai (PA) ialah 7670RM. 65% daripada jumlah tersebut ialah 4985.5. Ahmad akan menjual PL tersebut dengan akad jual: “saya jual emas 20g dan 10g ini dengan harga 4985.5. Maka Ahmad akan dapat duit 4985.5. AG bersetuju menjual 20g dan 10g tersebut atau yang senilai dengan harga 4985.5.
b) 1.9% daripada NS (nilai semasa) ialah 145.73Kalau nak di GKAS enam bulan: 145.73x6=874.38. Ertinya Ahmad boleh membawa pulang duit cash sebanyak (4985.5-874.38) iaitu 4111.12 Selepas enam bulan Ahmad datang membayar 4985.5 untuk membeli 20g dan10g, Ag menjualkan kepadanya 10g (PA) x 3pcs dengan harga (4985.5).
c) Rusum Khidmah PA: 1%perbulan dari nilai semasa produk Amsyiq , sementara rusum khidmah (PL) ialah 1.9% . Ini kerana setelah kami membeli (PL) , lebihan itu untuk menanggung kos lebur atau tukar.
d) Perjanjian tambahan pemilik PL:
“Saya bersetuju emas milik saya dilebur atau ditukar dengan barang Produk Amsyiq yang sama spek dengan emas milik saya ketika menbeli semula nanti”
e) Pastikan call dahulu dan nyatakan hasrat untuk GKAS
Labels:
gkas

Previous Article

Responses
0 Respones to "GKAS"
Post a Comment