Sebuah lagi syarikat Islam muncul ditengah-tengah keperluan umat Islam meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka. Rahn emas gkas sebuah syarikat berdaftar ditubuhkan untuk menyemarakkan lagi kesedaran umat kepada rahsia emas sebagai kekuatan umat dan membantu umat mengatasi kesulitan keewangan mereka.
Kami mengajak umat Islam mengayakan diri mereka bertujuan menggunakan kekayaan mereka mendekatkan diri kepada Allah, membantu mereka yang susah dan membantu usaha-usaha menegakkan agama Islam.
Emas logam berharga yang Allah ciptakan sebagai sumber kekayaan yang Allah sebut dalam Al Quran yang mesti dimiliki oleh umat Islam. Dengan emas seseorang itu dianggap kaya dan mereka hendaklah mengeluarkan zakat. Di dalam syurga, Allah hiasinya dengan emas dan perak.
Kami mengajak umat berniaga dengan logam yang berniali ini. Membeli emas dari kami dan anda boleh menjadi pengedar dan wakil kami untuk menjual produk kami. Menjual emas pada masa hadapan adalah formula perniagaan yang menguntungkan kerana emas semakin lama semakin tinggi harganya. Selain itu diskaun yang kami beri adalah yang dianggap tinggi berbanding komisyen yang diberikan oleh syarikat yang lebih awal dari kami.
Dengan memiliki emas, seseorang telah menyimpan satu yang bernilai dan nilainya terus meningkat . Emas juga digunakan sebagai pajakan atau alat mendapatkan wang cash untuk keperluan harian. Ini merupakan keutammaan yang kami berikan , member kemudahan kewangan kepada orang yang memiliki emas.
Mari bersama kami meningkatkan kekuatan ekonomi
Wasalam
Othman b. Hamzah
Labels:
salam pertama

Previous Article
Responses
0 Respones to "Salam Rahn Emas GKAS"
Post a Comment